UtamaProfil KorporatPerkhidmatanPautanHubungi kami
Utama
<< November ’08 >>
Mo Tu We Th Fr Sa Su
     
 1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30

Waktu Solat

Pelawat

Hari ini: 4
Bulan ini: 72
Keseluruhan: 1106
Nilai sejak: 2008-01-28
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi AKRAB CONSULTANCY
articles.jpgAKRAB CONSULTANCY (Akademi kePIMPINan Rabbani) adalah sebuah entiti perniagaan yang bergiat dalam bidang Khidmat Nasihat dan Perundingan Latiham (Training Consultant) yang berdaftar dangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (No. Pend. 001360022-U), kami mempunyai pengalaman lebih 20 tahun melalui barisan panel penceramah/fasilitator dalam menjalankan urusniaga runding cara bidang motivasi, kepemimpinan, bina insan, ‘team building’, pengurusan diri/sumber manusia dan pengurusan pejabat/organisasi dalam membantu pengurusan syarikat (awam/swasta) menyediakan Polisi & Peraturan Organisasi mengikut kehendak perundangan yang berkuat kuasa, Polisi & Objiktif Latihan, Pelan & Sistem Latihan, Garis Panduan & Prosedur Latihan, Analisis Keperluan Latihan, Inventori Latihan serta perlaksanaan pusat latihan di samping khidmat perundingan bagi Program Bantuan Pendidikan “Educational Assistance Programme”,

    Selain daripada itu, syarikat ini juga terlibat dalam mengendalikan program-program pengurusan am/perniagaan untuk para usahawan baru/lama/bermasaalah, seperti pengurusan kewangan, pemasaran, perakauanan, percukaian, kesetiausahaan/ pendaftaran syarikat serta khidmat runding cara/bimbingan dalam memulakan perniagaan dan perniagaan yang bermasalah. Di samping itu, syarikat ini juga berpengalaman mengendalikan kursus-kursus yang berbentuk teknikal seperti Kursus Asas dan Lanjutan Kontraktor Binaan dan Kursus Kontrktor Bekalan serta Kursus Kontraktor Cuci Bangunan.

    AKRAB CONSULTANCY juga mempunyai kepakaran melalui barisan para panel perundingnya mengendalikan sessi kaunseling/melatih (coaching) kepada individu seperti orang perseorangan dewasa, remaja/belia, pelajar sekolah/pusat/institusi pengajian tinggi.

    Pihak syarikat telah mengembangkan lagi bidang meliputi kepakaran dalam latihan keselamatan fizikal dan keselamatan pekerja dan kesihatan (OSH) dengan adanya pakar perunding yang berkelulusan dalam kedua-dua bidang-bidang tersebut.

    AKRAB CONSULTANCY berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai kontraktor dalam bidang bekalan/perkhidmatan di bawah kepala dan sub-kepala 220502, 220204, 220208, 220203, 221502, 221503 dan 020201 - No. Pend. 357-02057442. Syarikat ini juga telah diperakui pendaftarannya sebagai kontraktor bertaraf Bumiputera (BP 103518).

    Syarikat ini juga telah diberi kepercayaan menguruskan program/ kursus/seminar oleh Kementerian Pembangunan Usahawan, MARA, Yayasan TEKUN Nasional, Kolej IKRAM, Lembaga Getah Malaysia, PEMADAM, Bahagian Hal Ehwal Bekas Polis Diraja Malaysia, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia, Pembangunan Sumber Manusia Berhad, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka, Perbadanana Kemajuan Negeri Selangor(PKNS), Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan beberapa agensi lain dari sektor awam serta swasta di Malaysia.
 

Berita dan Artikel

The Butterfly and The Flower

Monday, 11 February 2008

article thumbnai Suatu ketika seorang lelaki memohon kepada Tuhan sekuntum bunga dan seekor kupu-kupu... artikel/butterfly  
Baca artikel penuh..

Cone of Learning Experience

Wednesday, 06 February 2008

article thumbnai People Generally remember 10% of what they read, 20% of what they hear, 30% of what they see, 50% of what they hear and see..   
Baca artikel penuh..

Lain-lain artikel
Copyright © 2008 Akrab Consultancy All Right Reserved.